Sunday, June 17, 2012

Bersabarlah Duhai HATI ♥


Bersabarlah Duhai Hati..
Yakinlah, Allah akan menyatukan hati kamu bersama hatinya bila masanya tiba..
Berdoalah supaya Allah melindungi hati kalian berdua..
Berusahalah untuk sentiasa menjadi yang terbaik untukNya..
InsyaAllah, Dia tidak akan menghampakan hamba-hambaNya..
Kerana Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Bersabarlah Duhai Hati..
Kerana kesabaran itulah yang menguatkan kamu berdua..
Kerana kesabaran itu juga lah yang akan membahagiakan kamu hingga ke syurga..
InsyaAllah..

Bersabarlah Duhai Hati..
Kerana mungkin inilah jalan yang terbaik untuk kamu..
Jalan yang membuatkan kamu belajar untuk menjadi lebih sabar untuk melalui hari-hari akan datang..
Jalan yang membuatkan kamu mengenal erti syukur kepadaNya..
Jalan yang membuatkan kamu berdua bertambah rasa cinta untuk lebih dekat dengan Maha Pencipta..

Bersabarlah Duhai Hati..
Allah sentiasa bersama-sama orang yang sabar..
Allah tidak akan sekali-kali menghampakan hamba-hambaNya selagi mana mereka sentiasa bersamaNya..
Memang benar, hati ini diciptakan bersama perasaan kasih dan sayang tetapi alangkah indahnya jika hati kamu berdua disatukan dengan kasih dan sayang daripadaNya..

Bersabarlah Duhai Hati..
dia pasti akan menjadi milikmu selagi kamu menjaga hati kamu untukNya..
Yakinlah Duhai Hati..
Sayang dan kasih kamu tidak akan berubah hanya untuk hatinya..
Sebanyak mana pun hati yang datang..
Yakinlah, hanya hati dia yang terbaik untuk hati kamu..

Bersabarlah Duhai Hati masanya pasti akan tiba.. :')

No comments:

Post a Comment