Thursday, June 14, 2012

Malaikat Bersama 3 Orang Cacat


Abu Hurairah RA berkata yang dia ada mendengar Rasulullah SAW bercerita tentang 3 orang cacat dari Bani Israil. Pertamanya berpenyakit kusta, kedua berkepala botak dan yang ketiganya buta. Lalu Allah menghantarkan kepada mereka malaikat untuk menguji mereka.

Pada yang berpenyakit kusta malaikat bertanya, "Apakah yang paling engkau hajati?"

Jawab orang itu, "kulit yang baik serta sembuh dari penyakit. Tetapi alangkah bagusnya kalau aku ada seekor unta."

Malaikat kemudian mengusap tubuhnya. Maka sembuhlah dia dari penyakit dan memberinya seekor unta bunting serta berdoa semoga Allah memberkatinya.

Bertanya pula malaikat kepada yang berkepala botak, "Apakah yang paling engkau hajati?"

Jawabnya, "Rambut yang lebat. Tetapi alangkah bagusnya kalau aku ada seekor sapi (lembu)."

Lalu malaikat mengusap kepalanya. Maka tumbuhlah rambut dengan lebat dan diberinya seekor sapi bunting serta berdoa semoga Allah memberkatinya.

Pada orang yang ketiga malaikat bertanya soalan yang sama. Maka jawabnya, "apa yang paling aku sukai ialah semoga Allah mengembalikan penglihatanku dan diberinya aku seekor kambing."

Lalu malaikat mengusap matanya. Maka sembuhlah mata itu dan diberikan seekor kambing bunting serta berdoa semoga dia diberkati.

Selang beberapa tahun, malaikat datang lagi dengan rupa yang sama tetapi dalam keadaan mengemis untuk menguji ketiga-tiga sahabat yang telah kaya ini.

Si penyakit kusta dan si kepala botak masing-masing mengaku segala harta mereka adalah peninggalan nenek moyangnya dan dari usaha titik peluh mereka sendiri.

Tetapi berlainan pula dengan si buta, bila malaikat meminta darinya, dia berkata, "ambillah kambing itu seberapa banyak yang engkau mahu, aku sedikit pun tidak keberatan terhadap apa yang kamu ambil itu kerana Allah dan tinggallah bakinya menurut kehendakmu."

Jawab malaikat, "Jagalah hartamu, kamu sungguh diredhai Allah, sedangkan kedua orang sahabatmu dimurkai Allah."

No comments:

Post a Comment