Saturday, June 23, 2012

Baru Ku Tahu.. :')



Baru Ku Tahu..
Jika tidak kerana jalan yang Allah tunjukkan ini,
mungkin aku tidak akan pernah menghargai,
mungkin juga aku tidak akan pernah menyedari..

Baru Ku Tahu..
Janji Allah itu pasti,
setiap permintaan pasti akan dipenuhi,
mungkin segala-galanya akan bermula di sini..

"Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya." [Qaf : 16]

"Dialah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa; kemudian Dia bersemayam di atas 'Arsy. Dia mengetahui apa yang masuk ke dalam bumi dan apa yang keluar dari dalamnya, apa yang turun dari langit dan apa yang naik ke sana (amal dan doa). Dan Dia bersama kamu di mana saja kamu berada. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan." [Al-hadid : 4]

"agar Allah memberi balasan (pahala) kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan dari KurniaNya. Sungguh, Dia tidak menyukai orang-orang yang ingkar (kafir)." [Ar-Rum : 45]

"Dan engkau tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang-orang yang buta (mata hatinya) dari kesesatannya. Dan engkau tidak dapat memperdengarkan (petunjuk Tuhan) kecuali kepada orang-orang yang beriman dengan ayat-ayat Kami, maka mereka itulah orang-orang yang berserah diri (kepada Kami)." [Ar-Rum : 53]

23 Jun 2012
12.02 pagi

Selesai sudah tugas untuk hari ini. tugas untuk mencari dan mengumpul sedikit duit, duit untuk pernikahan saya dan awak nanti :)

Habis membasuh dan mengemas, saya duduk sekejap di meja makan, meja kepunyaan abg dan akak (nama yg slalu saya panggil) sebelah, meniaga char kuey tiaw dan nasi lemak. Selalunya lepas saya siap-siap kemas, lepas saya tolong diorg apa yang patut saya akan terus balik tp tiba-tiba hari ni tergerak hati untuk duduk berborak, masa abg dengan akak tu tengah berehat dekat meja sebelah, dekat je. Sambil diorang suami isteri makan, kitorang mula berborak.

Entah macam mana, ada satu cerita yang dah banyak buka hati saya, perasaan saya, fikiran saya. Walaupun sikit yang Allah nak tunjuk tetapi banyak sangat yang saya dapat dalam lebih kurang sejam kitorang berborak, yang buatkan saya terfikir, buatkan saya kuat, buatkan saya yakin yang Allah Maha Hebat, Terlalu Hebat..

"Dulu abg tak mcm ni Syid (nama abg tu pggl saya). Kalau kau tgk abg skrg dengan dulu lain sgt, tak caya kau tanya akak kau ni.." akak tu tersenyum. Senyum yang mungkin dibuat-buat. Mungkin. Walaupun ada sikit yang saya tahu pasal abg ni masa kitorang berborak-borak kosong sambil tunggu customer, tapi ada yang lebih dalam yang abg ni nak cerita. Buat pengajaran.

"Dulu abg ada join dengan satu company ni, boleh dikatakan taraf international la, tapi melayu punya. 90% income diorg datang dari Petronas. Disebabkan company diorang takda buat construction, diorang panggil abg join. Abg kan buat kerja-kerja construction ni, so diorang panggil abg join. Diorang bagi 30% income dekat abg. Kau bayangkan banyak mana abg dapat masa tu. Duit tak payah cakapla, belambak. Nak beli apa pun abg boleh beli.." sambil bakar rokok kertas yang nipis, dia sambung, "Dulu abg tak reti main golf, ada la kawan-kawan yang ajak kan, abg join, belajar main sikit-sikit. hujung minggu je keluar. kadang-kadang pegi memancing, sampai abg beli bot RM40,000. beli suka-suka. ada 2 buah pulak tu, satu lagi abg letak dekat Kelantan. Yela, bila balik kampung akak kau ni boleh la abg singgah-singgah dekat bot tu kan.."

akak menyelit, "dulu abg kau ni beli mercedes, beli perdana pakai cash je Syid, beli kete akak pun guna cash je. Kadang-kadang bil dekat kampung pun abg kau ni yang bayakan. Cukup bulan je hantar duit, hantar barang-barang dapur dekat kampung. Habis lebih seribu jugak la. Kira semua belanja-belanja dekat kampung ni abg kau yang tanggung semuanya.."

abg tu sambung, "Tp tu la kan, bila abg dah berduit, abg dah tak hirau dah keluarga abg. Hujung minggu abg keluar, g main golf, g memancing, sampaikan sebelum abg beli bot tu abg pernah sewa bot yang boleh muat 10 orang untuk abg sorang je. RM800 sehari! kau bayangkan Syid, untuk abg sorg je, gila tak gila.. owner tu pelik je tgk abg kan.." abg tu tergelak sorang, teringat cerita-cerita dulu.

"Akak kau ni dengan anak-anak semuanya dekat rumah, duduk lah diorang dekat rumah boring-boring pun. Kadang-kadang diorang ada mintak nak pegi bercuti tp bila abg dah cakap abg nak keluar main golf minggu tu, nak keluar dengan kawan-kawan ke, diorang tak boleh nak kata apa da. Sekali abg cakap itu, itulah. Diorang tak boleh nak lawan. Yelah dulu kan abg bos, sampai dekat rumah pun abg dah terbiasa.."

Akak tu tambah, "Kadang-kadang kalau keluar pegi makan pun kena cepat-cepat balik sebab abg kau ni kata ada janji dengan orang lain. Bila hujung minggu je, kalau akak dengan anak-anak nak bershopping ke, akak dengan anak-anak keluar dengan adik akak, rumah dekat je, pegi sekali, adik akak bawakkan jalan-jalan. abg kau ni bagi la duit minyak ape semua.." akak tu tersenyum pahit, pahit bila teringatkan semuanya..

"Dulu bila anak-anak mintak apa-apa dekat abg, abg suruh diorang usahakan sndiri. Bila dapat markah 100 baru abg bg, bila dapat nombor satu baru abg bg. Sampaikan ada anak abg yang ckp, 'kalau tak pandai mcm kita ni tak dapat la..' sampai mcm tu Syid. Tapi diorang tak cakap la dekat abg kan, diorang cakap dekat mama diorang ni, dulu apa-apa pun diorang cerita dekat mama diorang, ada yang mengadu tak dapat keluar bercuti la ape la kan, abg tahu tapi abg buat tak tahu je.. "

"Abg bagi je duit diorang nak keluar, keluar dengan mama diorang jelah kn, tp tulah, kadang-kadang anak-anak ni bukan nak bercuti ape pun sebenarnya, diorang nak ABG ni, diri ABG ni. Nak dekat dengan ayah diorang.."

"Dulu bila diorang nak itu, mintak ini, abg pernah cakap kat diorang, 'papa nak korang rasa hidup susah sikit..' haa kan! Tuhan tu Maha Adil Syid, ape yang abg cakap sebijik kena dekat abg sekarang. Tu lah, dulu bila dekat atas, abg tak igt tanggungjwb abg, abg lupakan family abg. balik kadang-kadang pukul 12, pukul 10.. kira pukul 10 tu paling awal la, tapi jarang-jarang sgt abg balik pukul 10 tu. Bangun pun da pukul 9 pg, pukul 10 pg. Solat pun entah ke mana. Anak-anak abg jarang jumpa."

"Betul Syid.. dulu anak-anak mintak itu ini, abg tak bagi, sedihhh diorang kan..? sekarang abg pulak yang sedih sebab tak dapat nak bagi apa yang diorang nak, yelah duit 'takdo'. kalau ado pun nak baya kereta, tu pun sangkut-sangkut sampai kena tarik hari tu, 2minggu. lepas bayar baru lah abg dapat balik kereta tu, yang lebih tu buat bayar barang-barang meniaga ni ha, duit rumah lagi. Nasib baiklah ada duit yang kawan-kawan pinjam dulu, dpt sikit-sikit. Tu pun abg ada pinjam jugak dengan orang lain, RM100,000 Syid.. Tapi kwn abg tu percaya la dgn abg, abg nak lari mana lagi, sini-sini jela kan.." abg tu tersengih-sengih..

Akak tu pulak sambung, "tp satu je yang mcm kebaikan la kan, anak-anak tak de lah terasa sgt kan bila dah mcm ni, dulu mintak tak dapat, sekarang lagi la, tp kira okeylah daripada kalau abg kau ni bg mcm-mcm dulu, sekarang msti diorang lagi terasa kalau tak dapat kn..? abg kau ni lebihkan kawan-kawan dia dulu.."

"Smpaikan kete akak dia bg pinjam dekat kawan dia, lepas tu kawan dia eksiden pulak, abg kau yang bayakan. abg kau jenis tak berkira. ada satu kereta dia dulu pun dia bagi pinjam dekat kawan dia sampai sekarang tak tahu mana kereta tu pegi.."

Abg tu sambung, "sekarang bila abg fikir-fikir balik kan Syid, rasa sedih pun ada, tp nak buat mcm mana, dulu tak beringat. lupa isteri, lupa anak-anak. sekarang Tuhan bagi abg rasa. Tuhan tu Maha Adil. Nasib baiklah Tuhan tu bagi pengajaran kat abg kan, suruh abg muhasabah diri, suruh abg igt balik salah-salah abg.. kalau orang yang kenal abg dulu diorang tak caye abg mcm ni sekarang, betul Syid.. Dgr ckp abg ni Syid, ble kau dah ada keluarga nnt pastikan keluarga kau tu nombor satu, rapat dengan anak-anak kau, bawak diorang jalan-jalan.."

"Bila dah susah mcm abg ni baru lah abg terigat semuanya. Alhamdulillah, sekarang ada la job sikit-sikit, tak la byk mcm dulu tp alhamdulillah la. keje yang abg cite kat kau hari tu pun da start mggu depan. lepas stdent cuti ni abg ngn akak kau tutup terus kedai ni. tak meniaga dah. Kau dah berkeluarga nnt igt ape yang abg cakap ni, keluarga kau kena jadikan diorang nombor satu.."

terbaca ayat ni..
"Dan sekiranya Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hambaNya, nescaya mereka akan berbuat melampaui batas di bumi, tetapi Dia menurunkan dengan ukuran yang Dia kehendaki. Sungguh, Dia Mahateliti terhadap (keadaan) hamba-hambaNya, Maha Melihat." [Asy-Syura : 27]

Awak tahu tak.. Kalau awak tgk cara abg tu layan isteri dia. awak msti kagum. saya respect dgn abg tu. walaupun bnda kecik yang isteri dia tolong, bnda yang KECIK. dia akan cakap terima kasih.. cara dia cakap, cara dia layan isteri dia, mmg mcm orang tgah bercinta. Boleh kalah orang bercinta kot! seriesly. Abg tu peramah, kalau dengan student pun dia layan je, gelak-gelak. Abg tu jenis yang mcm rilekk je, tp dlm hati sape la tahu kn, even dia ada problem pun, mcm kete die kene tarik dulu, die rilek je, boleh gelak-gelak, mcm tade ape mslh. Dia pegi meniaga pun pakai kereta adik ipar dia rasanya, masa tu la sekarang kete dia da ade balik.

And now i know, kalau lah Allah tak tunjuk saya jalan ni, mungkin saya tak dapat belajar untuk jadi mcm abg tu, cara dia layan isteri dia. buat isteri dia gelak. smpai kdg-kdg sy pun tergelak sekali. Allah dah bagi jalan yang terbaik untuk saya dan untuk awak.. :')

Ble dalam kereta nak balik tu, saya terigt abg tu cerita. Semuanya. Saya menangis, bukan lah sebab cerita-cerita abg tu je tp sebab banyaknya Allah dah bagi nikmat dekat kita.

"dan Dia memperkenankan (doa) orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta menambah (pahala) kepada mereka dari KurniaNya. Orang-orang yang ingkar akan mendapat azab yang sangat keras." [Asy-Syura : 26]

Bila saya fikirkan balik, ape yang kita doa kebanyakannya semua Allah dah makbulkan, cuma kadang-kadang kita yang tak perasan. Kita yang beriya-iya mintak dengan harapan benda tu datang sebijik-sebijik macam yang kita doakan, mcm yang kita harapkan. Tp kita silap, nikmat Allah tu datang dengan byk cara.

Mungkin sejak dari kita lahir lagi, Allah dah mendengar doa yang akan kita minta sekarang supaya Dia mengatur yang terbaik untuk membuatkan kita berdoa sekarang. Kalau Allah tak berikan kita nikmat itu, mungkin kita tak akan berdoa dan tak bersyukur dengan nikmat yang Dia berikan dan tak merasakan bahawa doa itu telah pun dimakbulkan.

Bila saya fikir balik, sebenarnya banyak yang saya dah dapat.. banyak sgt yang Allah dah tunjukkan.. dari awal sampai sekarang dan apa yang terbaik untuk kita nanti, saya dan awak :)

Dan apa yang saya tahu, kebanyakkannya buatkan saya jadi lebih baik, insyaAllah. Lebih baik untuk awak nanti :')

Mungkin doa yang saya minta hari-hari itu susah untuk dimakbulkan kalau awak tak usaha untuk kita sekali. Wallahualam. thanks a lot awak :)

Ya Allah..
Baru Ku Tahu..
Jalan ini jalan yang terbaik untukku,
Jalan yang buatkan aku lebih bersyukur kepadaMu,
Jalan yang buatkan aku akan menjadi lebih baik untuk bakal keluargaku :')

Jalan yang Allah dah rancangkan untuk kita, saya dan awak, jalan yang umi awak tergerak hati dulu. MasyaAllah.. kadang-kadang saya tertanya-tanya, bersyukurkah saya sekarang kalau saya diberi jalan lain? :') Subhanallah.. Allah Super Hebat!

"Dan kamu tidak dapat menghendaki (menempuh jalan itu) kecuali apabila dikehendaki Allah, Tuhan seluruh alam." [At-Takwir : 29]

Subhanallah...

No comments:

Post a Comment