Sunday, June 17, 2012

Bersyukurlahh..


Bersyukurlahh..
walaupun kita terpaksa menelan makanan yang kurang enak dan murah dari yang selalu kita rasa,
"eeii, tak sedaplah makanan ni.." , "tak habis sebab tak sedap langsung!"
ingatlah..
ada yang terpaksa menahan lapar dan berebutkan sisa-sisa sampah walaupun sesuap hanya untuk terus hidup..

Bersyukurlahh..
ketika anggota badan masih dapat menjalankan tugas dengan sempurna walaupun kadang-kadang ianya sakit untuk seketika,
"haih, asyik sakittt je, penat la macam ni.." , "tak sukanya sakit ni.. bencilah.."
ingatlah..
ada yang terpaksa meneruskan hidup tanpa sebahagian besar anggota badan seperti yang kita miliki..

Bersyukurlahh..
ketika kita masih ada tempat untuk berteduh walaupun tidak secantik dan tidak sesempurna istana-istana di syurga,
"panasnye laah rumah ni.." , "asyikk bocor je, menyampah betul.."
ingatlah..
ada yang terpaksa duduk dan tidur di bawah-bawah jambatan, di tepi kaki-kaki lima, hanya untuk berlindung dari hujan dan panas matahari..

Bersyukurlahh..
ketika kita memiliki harta kekayaan untuk mengelilingi dunia,
ingatlah..
ada yang terpaksa berjalan kaki berjam-jam lamanya hanya untuk mencari duit menyara kehidupan dan keluarga..

Bersyukurlahh..
Ketika kita masih boleh tidur lena di atas katil yang empuk,
ingatlah..
ada yang terpaksa tidur dengan hanya bertilamkan kotak dan kain-kain kotor..

Bersyukurlahh..
dengan sentiasa melihat manusia yang sedang berada di bawah..

"Dan Dia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu hendak menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya." [Ibrahim : 34]

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu : "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras." [Ibrahim : 7]

menurut DR MAZA, "sebahagian para sarjana menyebut syukur itu kadang kala lebih tinggi makamnya daripada sabar, ramai orang yang terpaksa sabar tetapi belum tentu orang yang mendapat nikmat itu bersyukur.."

Bersyukurlahh..
dengan apa yang kita sudah miliki sekarang dan dengan nikmat yang akan datang..
kerana nikmat yang Allah kurniakan kepada kita terlalu lalu banyak..


ALHAMDULILLAH YA RABB..

No comments:

Post a Comment