Saturday, June 9, 2012

Wahai Bakal Mertuaku...

Bismillahirrahmanirrahim...

kita sebenarnya tak tahu bila kita betul betul bersedia untuk jadi yg halal untuk dia,
sebagaimana kita tak tahu bila kita betul betul bersedia untuk bertemuNya..

sedalam mana pun ilmu agama kita cedok,
selama mana pun kita belajar,
ia tak akan pernah habis,
tetapi itu bukanlah penghalang untuk kita lalai mendapat ilmuNya..

Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan lautan (menjadi tinta), di tambah kepadanya tujuh lautan (lagi) sesudah (kering) nya, nescaya tidak akan habis-habis (dituliskan) kalimat Allah (ilmu Nya). Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” [Luqman : 27]

"Sesiapa yang mngatakan bhawa sesungguhnya dialah yang paling bijak dan mnguasai segala jenis ilmu, maka ketika itulah dia mnjadi org yang paling bodoh"

kadang kadang kita merasakan yang kita belum lagi benar benar bersedia untuk jadikan dia yang halal, tetapi boleh jadi sebenarnya kita benar benar sudah bersedia
percayalah, Allah Lebih Mengetahui..

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mndpt pahala atas kebaikan yang diusahakannya dan ia juga mnanggung dosa atas kejahatan yang diusahakannya.." [Al-Baqara : 286]

WAHAI BAKAL MERTUAKU..
saya bukanlah golongan bijak pandai yang bakal mewarisi keturunan,
saya juga bukanlah golongan orang alim ulamak yang sentiasa mnjadi calon pilihan,
tetapi saya sentiasa berusaha untuk beribadat ikhlas kerana Allah SWT, bukanlah untuk mendapat pujian,
dan bukan juga untuk dihebohkan..

"Dia Yang Tetap Hidup; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; maka sembahlah kamu akan Dia dengan mengikhlaskan amal agama kamu kepada-Nya semata-mata. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam" [al-Mu’min : 65]

"Oleh itu maka sembahlah kamu akan Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya (dan menjauhi bawaan syirik), sekalipun orang-orang kafir tidak menyukai (amalan yang demikian)" [al-Mu’min : 14]

Biarlah ibadat itu menjadi rahsia antara Allah SWT dan hambaNya..

WAHAI BAKAL MERTUAKU..
Izinkanlah saya untuk menjadikan anakmu yang halal,
Izinkanlah saya untuk benar benar bersedia bila dia sudah dipertanggungjawabkn sepenuhnya..
BUKANLAH KERANA NAFSU SEMATA MATA kerana ia akan hilang bila bila masa,
BUKANLAH KERANA CINTA SEMATA MATA kerana Allah akan tarik bila bila yang dikehendakiNya,

tetapi..
Izinkanlah kami untuk mencapai ketenangan dan kekhushukan bersama ketika beribadah denganNya,
Izinkanlah kami untuk sentiasa perbaiki diri kami agar lebih baik untukNya,
Izinkanlah kami untuk bersama menambah rasa cinta kepadaNya,
dan izinkanlah kami untuk menjadi yang halal atas jalanNya..

Kerana Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Empat perkara yang membawa kebahagiaan kepada manusia, iaitu (memiliki) perempuan (isteri) yang solehah, rumah yang bagus (luas), jiran yang baik, dan kenderaan yang bagus.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban)

Rasulullah saw juga bersabda yang bermaksud: “Carilah oleh kalian rezeki dalam pernikahan (dalam kehidupan berkeluarga)“ (Hadith riwayat Imam Ad Dhalani) dalam Musnad Al Firdaus

Abu Bakar As Siddiq pernah berkata: “Taatlah kamu kepada Allah dalam apa yang diperintahkan kepadamu iaitu perkahwinan, maka Allah akan melestarikan janjiNYA kepadamu iaitu kekayaan

"... dan sesiapa yang mngerjakan sesuatu perkara yang baik, Kami tambahi kebaikan baginya (dengan mnggandakan pahala) kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik2 nya (akan org2 yg bersyukur kepadaNya)" [Asy-Syura : 23]

Seorang ustaz berkata dalam satu majlis ilmu, "Tak salah untuk mencari duit. Carilah duit sebanyak mana pun, usahalah sekuat mana pun, tetapi jangan lupa untuk usaha mencari ilmu sebagaimana kita berusaha untuk mencari duit.."

WAHAI BAKAL MERTUAKU..
saya tak pernah berputus asa untuk jadikan anakmu yang halal,
saya tak pernah takut untuk merasa susah andai kami diijabkabulkan terlalu awal,
kerana jika kesusahan yang akan kami lalui nanti bakal mematangkan kami dan menjadikan kami lebih kuat dan berjaya kelak, itu adalah yang terbaik buat kami sebenarnya,
dan keberkatan dalam menuntut ilmu agama dan ilmu pengetahuan dan kematangan itu dapat dipupuk atas bantuanNya,
kerana Allah SWT akan sentiasa bersama kami kelak dan janji Allah itu pasti..

Dan kahwinikanlah orang-orang yang bujang diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan mereka dengan kurniaan-Nya. Dan Allah Maha Luas (PemberianNya) lagi Maha Mengetahui” [An Nur: 32]

Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang bernikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (hari. Ahmad 2: 251, Nasaei, Tirmidzi, Ibnu Majah hadis no. 2518, dan Hakim 2: 160)

Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir” [Ar Rum : 21]

Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan” [Alam Nasyrah : 5 – 6]

Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” [Muhammad : 7]

tetapi..
saya perlukan redhamu wahai bakal mertuaku,
bukanlah keizinan semata tetapi dengan redha bersama,
redha yang membawa kebahagiaan dan kebaikan kepada kami kelak,
redha yang menjadikan bakal cucu cucu mu dan bakal keturunan keturunan mu dalam kalangan orang yang soleh dan solehah..

Rasulullah s.a.w bersabda : "sesiapa yang menyukakan hati ibu bapanya bererti dia membuat Allah redha kepadanya dan sesiapa yang memancing kemarahan ibu bapanya bererti dia memancing kemurkaan Allah" (Riwayat Baihaqi)

WAHAI BAKAL MERTUAKU..
ketahuilah bahawa saya sayangkan anakmu atas perasaan yang diciptakanNya dan izinkanlah kami saling menyayangi dan saling merindui dalam jalan yang diredhaiNya, moga hati ini sentiasa tenang untuk mndapat cintaNya.. :')

MAAF andai ayat ini banyak kekurangan untuk kedua dua mu.. :')

Credit to : akal kurniaan Allah...

No comments:

Post a Comment