Thursday, June 21, 2012

Hadis Qudsi

Ganjaran Buat Orang Soleh
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, " Allah berfirman : 'Aku menyiapkan untuk hamba-hambaKu yang soleh, sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata, didengari oleh telinga dan tidak terlintas di hati manusia." [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Keredhaan Terhadap Ahli Syurga
Daripada Jabir RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Ketika ahli syurga telah masuk ke dalam syurga, Allah bertanya : 'Adakah kamu mahukan sesuatu?' Mereka menjawab : 'wahai Tuhan kami, apakah yang melebihi apa yang telah Engkau berikan?' Allah menjawab : 'Bahkan redhaKu lebih besar." [Riwayat Ibn Hibban]

Allah Tidak Pernah Jemu Mengampuni
Daripada Abu Sa'id al-Khudri bahawa ia mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : 'Iblis berkata kepada Tuhannya : 'Demi keperkasaanMu dan keagunganMu, aku akan selalu menyesatkan anak keturunan Adam selama roh masih berada dalam jasad mereka.' Allah SWT menjawab : 'Demi keperkasaanKu dan keagunganKu, Aku akan selalu mengampuni mereka selagi mana mereka meminta keampunan daripadaKu." [Riwayat Ahmad]

No comments:

Post a Comment