Sunday, June 17, 2012

La Tahzan, innallaha ma'ana :')


"manusia tidak jemu memohon kebaikan dan jika ditimpa kesusahan, mereka berputus asa dan hilang harapan (dari rahmat pertolongan Allah)." [Fussilat : 49]

"Sungguh manusia diciptakan bersifat suka mengeluh. Apabila dia ditimpa kesusahan, dia mengeluh kesah. Dan apabila memperoleh kesenangan, dia menjadi kikir. Kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahnyang." [Al-Maarij : 19-22]

"Dan janganlah kamu (merasa) lemah dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, kerana kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman." [Ali Imran : 139]

Katakanlah (wahai Muhammad) : "wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa*, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." [Az-Zumar : 53]

* "sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu yang lain), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya. Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar." [An-Nisa : 48]

"Dan sesungguhnya kepada Tuhanmulah kesudahannya (segala sesuatu). Dan sesungguhnya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis. Dan sesungguhnya Dialah yang mematikan dan menghidupkan" [An-Najm : 42-44]

La tahzan, innallaha ma'ana..
Kadang-kadang kita boleh berada di atas, di tempat yang paaling kita idam-idamkan dan kadang-kadang kita boleh berada di bawah, di tempat yang kita tidak pernah terfikir untuk berada di situ..
kesemuanya Allah bagi untuk menguji kita..
bersyukurlah kerana Allah masih mahu menguji keimanan dan kasih kita kepadaNya..
janganlah terlalu lalai mengejar keseronokan dunia di saat akhirat menunggu kita..

La tahzan, innallaha ma'ana..
bersangka baik lah pada Allah..
kerana setiap jalan yang kita minta tidak semuanya akan diberi secara terus..
bersabarlah ketika melalui ujian-ujian Allah supaya kita akan menjadi orang yang lebih bersyukur ketika mendapat nikmatNya..
mungkin jika tidak diberi ujian-ujian dan tidak ditimpa musibah, kita akan terus lalai mengingatiNya, dan boleh jadi mungkin kita akan mati dalam keadaan menjadi orang-orang yang lalai (nauzubillah)..

La tahzan, innallaha ma'ana..
Yakinlah, Allah sentiasa bersama kita..
Allah tidak akan menguji seseorang itu diluar kemampuan mereka..
Kerana Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. :)

Wallahualam..

segala-galanya yang buruk, semuanya sekali datangnya dari saya dan yang baik itu kesemuanya dari Allah SWT :)
correct me if i've make a mistake plss..

No comments:

Post a Comment