Wednesday, June 13, 2012

Kisah Si Tukang Gunting


Seorang lelaki datang ke sebuah kedai gunting rambut untuk memotong rambut dan janggutnya. Dia pun memulai sedikit perbualan dengan tukang gunting yang melayaninya. Berbagai macam topik dibincangkan, hingga akhirnya Tuhan menjadi subjek perbualan.

Tukang Gunting: "Encik, saya tidak percaya kalau Tuhan itu ada seperti yang encik katakan tadi."

Mendengar ungkapan itu, lelaki itu terkejut dan bertanya, "Mengapa anda berkata demikian?"

"Mudah saja, cuba encik lihat ke luar tingkap itu dan sedarlah bahawa Tuhan itu memang tidak ada. Tolong jelaskan pada saya, jika Tuhan itu ada, mengapa banyak orang yang sakit? Mengapa banyak anak yang terbiar? Jika Tuhan itu ada, tentu tidak ada sakit dan penderitaan. Tuhan apa yang mengizinkan semua itu terjadi..." ungkap si tukang gunting dengan nada yang tinggi dan angkuh.

Lelaki itu pun berfikir tentang apa yang baru saja dikatakan oleh tukang gunting. Namun, dia tidak memberi respon atau jawapan agar perbincangan tersebut tidak menjadi lebih hangat lagi.

Ketika tukang gunting selesai melakukan tugasnya, lelaki itu pun berjalan keluar dari kedai tersebut. Baru beberapa langkah, dia bertembung dengan seorang lelaki yang berambut panjang dan janggutnya pun lebat. Orang itu nampak seperti sudah lama tidak pergi ke kedai gunting rambut dan itu membuatkannya kelihatan tidak kemas.

Lelaki itu kembali masuk ke dalam kedai dan kemudian berkata kepada tukang gunting, "Tukang gunting itu sebenarnya tidak ada kan? seperti mana yang anda kata bahawa Tuhan itu tidak ada.."

Si tukang gunting pun terkejut dengan perkataan lelaki tersebut.

"Bagaimana mereka tidak ada? buktinya adalah saya. Saya ada di sini dan saya adalah seorang tukang gunting," kata si tukang gunting.

Lelaki itu kembali berkata tegas, "Tidak, mereka tidak ada. kalau mereka ada, tidak mungkin ada orang yang berambut panjang dan berjanggut lebat seperti lelaki di luar itu."

"Ahh, merepek saja... Tukang gunting ada di mana-mana cuma lelaki itu yang tidak mahu ke kedai gunting untuk menggunting rambut dan bercukur," jawabnya tenang sambil tersenyum.

Tegas lelaki itu, "Tepat sekali! Itulah jawapan untuk soalan anda kepada saya tadi. Tuhan itu memang ada, cuma kesombongan manusia itu sendiri yang tidak mahu mencari dan menemui-Nya menjadi sebab mengapa begitu banyak penderitaan di seluruh dunia ini.."

Mendengar jawapan dari lelaki tersebut menyebabkan si tukang gunting diam membisu tidak terkata..

No comments:

Post a Comment