Wednesday, June 13, 2012

Kisah Saidina Ali


Satu masa ketika Saidina Ali pulang menziarahi, dia terus ke dapur dan bertanya pada Fatimah makanan apakah yang telah disediakan untuknya.

Jawab Fatimah, "Wahai suamiku! Aku tidak mempunyai sesuatu apa pun untuk dihidangkan, tetapi aku ada memiliki wang 6 dirham yang aku simpan buat membeli makanan Hassan dan Hussain."

Ali pun meminta wang itu untuk dibelikan makanan anaknya. Dalam perjalanannya ke kedai, dia terserempak dengan lelaki yang berkata, "siapa yang hendak meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik."

mendengarkan perkataan itu, Saidina Ali terus memberikan wangnya lalu pulang ke rumah.

Apa yang berlaku diceritakan kepada Fatimah yang mendengarnya dengan redha sungguh pun mereka sendiri sedang kelaparan. Setelah itu, Saidina Ali pun keluar untuk ke rumah Rasulullah SAW.

Di pertengahan jalan, dia telah disapa oleh seorang lelaki, "Wahai Ali, belilah unta ini."

Kerana menyedari Saidina Ali tidak memiliki apa-apa, maka orang itu pun berkata, "Engkau ambillah unta ini dengan harga 100 dirham dan wang akan engkau serahkan kemudian."

Setelah membelinya, tiba-tiba datang pula seorang lelaki lalu menyapanya, "Wahai Ali, engkau julallah unta ini kepadaku."

Jawab Saidina Ali, "Ya! memang aku mahu menjualnya dengan harga 300 dirham."

Lelaki itu pun bersetuju lalu membayarnya secara tunai. Selepas itu barulah Saidina Ali pergi berjumpa dengan Rasulullah.

Kata Rasulullah, "Tahukah kamu, siapakah yang menjual dan membeli unta kamu itu?"

Jawab Saidina Ali, "Allah dan RasulNya lebih mengetahui."

Kata Rasulullah, "Wahai Ali! kamu sungguh beruntung, pinjaman kamu kepada Allah cuma 6 dirham, tetapi Allah telah membalasnya dengan 300 dirham. Lelaki yang menjual unta tadi ialah Jibril AS dan lelaki yang membelinya pula adalah Israfil AS."

No comments:

Post a Comment